Friday, 8 January 2016

Sekolah Memandu bersama Halim

Assalamualaikum 

Hari ni JJ nak share sikit dengan korang semua. Bukan sikit lah tapi banyak la jugak. Mula-mula JJ nak story masa JJ kat driving school. 
JJ buat latihan kereta dalam litar driving school tu. And tak lama lepas tu ex-classmate JJ pun datang buat latihan dalam litar tu. Pastu JJ tegur je la dia. Tak nak dianggap sombong la katakan. Nama ex-classmate JJ Halim tau. JJ boleh dikatakan rapat jugalah dengan dia sebab dulu dia pengerusi kelas JJ. JJ pulak naib pengerusi kelas. Sebab tu la kitaorang rapat. Tapi takde la rapat mana pun. Biasa-biasa je. Then, JJ buat latihan macam biasa. Disebabkan JJ drive sorang, JJ pun menyanyi lah. JJ tak nak la stress kan diri JJ. Biar la JJ buat dalam keadaan yang tenang je. Just relax and cool. Tak nak serabut kan kepala otak tu. Alhamdulillah latihan hari ni berjalan lancar walaupun masa drive tadi JJ tak berhenti bersin.

Next story is JJ pergi pasar Jumaat. Tu memang rutin mingguan keluarga JJ. Masa JJ jalan tu, JJ terserempak dengan bekas cikgu JJ. Cikgu tu dulu cikgu kaunseling. JJ memang rapat dengan cikgu kaunseling. Masa JJ form 5 tu, bilik kaunseling tempat lepak JJ waktu rehat au. JJ pulak pengerusi PRS ( Pembimbing Rakan Sebaya ). Sebab tu la JJ rapat dengan cikgu. Bila terserempak dengan cikgu, JJ pun tegur la cikgu. Tak sangka pulak lepas salam air JJ terlepas dari tangan JJ. Rezeki JJ hari ni, cikgu belanja JJ air. Rasa rindu pulak kat cikgu terutama bilik kaunseling tempat JJ melepak. 

ok la korang. Macam banyak pulak story JJ hari ni :)

No comments:

Post a Comment