Thursday, 28 May 2015

Jangan Lupa Rindu Aku

Assalamualaikum readers


Hari ni kan JJ nak share dengan readers semua pasal rindu. Korang mesti pernah alami perasaan ni kan? Gila tak pernah. Mustahil sangat kalau korang tak pernah alami benda ni semua. Perasaan ni rindu ni rasa macam nak pecah kepala kalau fikir. Betul tak ? JJ benci tau rindu ni. JJ terseksa dengan  perasaan rindu ni. JJ tak boleh nak bagitau perasaan JJ dekat CRUSH JJ. haihh.. Apa la nasib :( Da la hari ni JJ last sekolah. JJ pulak tak dapat jumpa CRUSH JJ. Dah la cuti 2 minggu. Jadi rindu JJ extra 1 hari sebab JJ tak dapat jumpa CRUSH JJ hari ni. Tapi kan, sebenarnya, CRUSH JJ tu da ada makwe. Tu pun JJ belum sahkan lagi la. Orang-orang JJ yang cakap CRUSH JJ da berpunya. Masa dengar tu, frust la jugak. Tapi kan, JJ heran la. Kalau la betul CRUSH JJ da berpunya, kenapa dia layan JJ baik sangat ea? Takkan la nak jaga hati JJ sampai macam tu sekali? Pelik bin ajaib betul la. Korang rasa kan, kenapa dia layan JJ? Dah la JJ tak dapat nak contact dengan CRUSH JJ cuti sekolah ni. Sebab apa? Sebab JJ tak ada contact num dia pun. 1 apa pun tak ada. Sedih tau tak. Harapkan telepati je la. Hahaha. Nak tunggu naik sekolah?? Lambat lagi la sayang. Bersabar je la wahai hati :) Anyway, CRUSH !!!! JANGAN LUPA RINDU AKU TAU !!!!

Sunday, 24 May 2015

Positif ke Negatif ( + / - )

Assalamualaikum readers
Hari ni JJ nak story pasal positif and negatif. Haa.. mesti korang tertanya- tanya kan? Apakah yang JJ maksudkan dengan positif negatif. Ingat nak belajar chemist ke ni. Cop ! JJ nak ulas sikit. Kepada sesiapa yang menaruh harapan terhadap crush, mesti korang akan tau apa yang JJ nak cakap berkenaan dengan positif negatif ni. Ok stop ! cukup –cukup lah sebut positif negatif ni. Aikk?? Sebut lagi.
Sebenarnya gini, kalau korang crushing on someone, of course la korang harapkan crush korang tau apa yang korang rasa kan? Kalau JJ jadi korang pun JJ nak crush JJ tau apa yang JJ rasa. Then, bila depa da tau perasaan kita, kita mengharap yang depa tu akan balas perasaan kita tu kan? Kalau depa rasa apa yang kita rasa, sah-sah la kita dapat respon yang positif dari pihak crush. Hahaha itulah yang positifnya. Kalau negatifnya pulak, depa tak layan kita langsung atau bangga diri dengan cara depa pi canang kat kawan- kawan dia yang dia ada peminat. Kalau korang crush dengan orang lagu tu, memang korang mintak publisiti murahan la. Memang tempah ‘glamor’ kejap. Lagi satu respon negatif kalau kena ‘friendzoned’. Korang tau kan friendzoned tu apa? Kalau tak tau, meh sini JJ nak bagitau kat korang. Berdasarkan research JJ pasal friendzoned, friendzoned ni sebenarnya kawan lelaki n perempuan. Then bila salah sorang tu confess kat sorang lagi and dapat respon yang negatif seperti ‘ aku anggap kau kawan je’ . itulah friendzoned. Kalau tak faham lagi?? JJ bagi contoh kat hangpa semua
Boy: eh! Aku suka kau
Girl : tapi, aku anggap kau kawan je. Tak lebih pun.

That’s it. Itulah friendzoned. Huhuhu. Harapnya JJ tak dapat yang friendzoned. JJ nak respon positif dari pihak crush JJ. Ok bye

Saturday, 23 May 2015

Peranan Ibu Bapa Dalam Menyemai Amalan Menabung

Karangan ni hasil daripada perbincangan JJ n classmates. Hopefully membantu :)



PERANAN IBU BAPA DALAM MENYEMAI AMALAN MENABUNG

Secara definisinya,  menabung ialah menyimpan wang atau barang berharga di bank atau di tempat yang selamat. Amalan menabung haruslah dipupuk sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Menabung dapat melatih diri kita supaya sentiasa berjimat-cermat dengan wang yang dimiliki. Apabila kita menabung setiap hari sedikit demi sedikit lambat laun pasti akan menjadi banyak bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit dan sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Hasil daripada tabungan dapat membantu kita dalam keadaan kecemasan yang memerlukan wang. Selain itu, menabung juga dapat membantu kita mewujudkan masa depan yang terjamin. Hal ini dimanfaatkan apabila hasil tabungan digunakan untuk dijadikan modal perniagaan yang ingin diusahakan. Natijahnya, menabung amat penting untuk kita semua supaya dapat belajar mengatur kewangan. Oleh itu, ibu bapa berperanan penting untuk membentuk anak-anak mereka untuk menjadi seorang penabung sekali gus menjadi seorang yang berjimat-cermat.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan ibu bapa untuk memupuk amalan menabung dalam diri anak-anak adalah penting. Membuka akaun bank untuk anak-anak mereka merupakan langkah yang paling bijak. Amalan ini perlulah dipupuk oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Sebagai contoh, apabila musim perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu anak-anak akan mendapat duit raya tidak kira sedikit atau banyak. Lebihan duit tersebut perlulah disimpan dalam akaun bank anak-anak mereka. Hal ini kerana, segala wang yang disimpan aka nada gunanya untuk masa hadapan apabila mereka dewasa kelak bak kata pepatah sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Secara tidak langsung, amalan ini dapat digunakan oleh anak mereka dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai suri teladan. Oleh itu, amalan membuka akaun bank dapat member manfaat kepada anak-anak dalam memupuk amalan menabung.

Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih yang tanpa tompok, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya. Ibu bapa seyogia melakukan anjakan paradigma untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak, sepantun peribahasa melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Oleh hal yang demikian, ibu bapa harus menjadikan diri sebagai suri teladan untuk anak-anak. Pada usia yang muda, anak-anak tidak dapat berfikir dengan rasional dan matang serta tidak membezakan antara intan dengan kaca. Kesannya, mereka akan mencontohi perlakuan dan tingkah laku ibu bapa. Bagaimana acuan, itulah kuihnya. Peribahasa yang sering terngiang-ngiang di telinga kita ini masih dapat dibuktikan kebenarannya sehingga hari ini. Memandangkan anak-anak akan mencontohi apa-apa jua tindakan dan gelagat ibu bapa, ibu bapa harus mengamalkan tabiat menabung. Antaranya, ibu bapa harus menyimpang wang yang berlebihan di dalam tabung. Sementelahan itu, ibu bapa harus memberikan penerangan kepada anak-anak untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak-anak. Alternatif ini dapat diibaratkan sebagai perisai yang ampuh kerana dengan adanya penerangan, anak-anak akan dapat meluaskan horizon mereka tentang kepentingan amalan menabung. Sebagai contoh, amalan menabung dapat menggarap nilai berjimat-cermat dan megikis sikap boros anak-anak. Anak-anak juga berupaya menguruskan kewangan dengan lebih efektif untuk mengelakkan pembaziran. Pada masa yang sama, ibu bapa harus memberitahu anak-anak tentang kesan-kesan negatif sekiranya amalan menabung tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Penerangan harus diberikan secara berhemah dan lemah lembut supaya lebih mudah diterima oleh anak-anak. Ibu bapa juga wajar menjadikan cerita, teka-teki dan tayangan video sebagai saluran untuk menyampaikan informasi tersebut kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana media-media tersebut amat mujarab untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak-anak. Sebagai kesimpulannya, ibu bapa harus menggembleng tenaga dan mendukung obligasi untuk membentuk generasi masa hadapan yang menyemai amalan menabung dalam sanubari.

Adat usang pusaka lama, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap. Ibu bapa seharusnya bijak dengan memberi galakan ataupun rangsangan kepada anak-anak untuk mengamalkan tabiat menabung. Ibu bapa seharusnya mengelakkan menghadiahkan anak dengan hadiah yang mahal seperti telefon bimbit, komputer riba dan permainan video. Hal ini kerana akan memberi kesan sifat materialistik, ibu bapa sewajarnya menghadiahkan anak-anak dengan tabung  sebagai galakan  amalan menabung. Amalan menabung juga seharusnya diberi rangsangan kepada anak-anak sejak kecik bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di samping itu, ibu bapa hendaklah memberikan kepada anak-anak yang telah menabung dengan banyak. Antara penghargaan yang boleh diberikan ialah membawa anak-anak melancong  di tempat yang menarik seperti pantai, pulau dan taman tema.

Sebagai menyambung perbincangan di atas, tanggungjawab untuk memupuk amalan menabung dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak akan putus, tepung tidak berselerak. Dengan tiu, ibu bapa mestilah sentiasa membawa anak-anak ke kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga bukan kerajaan (NGO). Antara kempen yang boleh dianjurkan ialah kempen menabung. Kebiasaannya, kempen-kempen begini diadakan semasa cuti sekolah. Hal ini demikian kerana pada cuti  sekolah, ibu bapa boleh meluangkan masa bersama anak-anak mereka dengan membawa mereka ke kempen-kempen yang dianjurkan. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti sayembara puisi, menulis esei, kuiz pengetahuan am dan pertandingan melukis. Pertandingan yang diadakan sesuai untuk setiap peringkat umur. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan untuk menyemai amalan menabung dengan cara membawa anak-anak mengunjungi kempen-kempen yang diadakan.

Intihanya, ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan anak-anak mereka menjadi manusia yang berjaya pada masa hadapan. Gagal atau berjayanya seseorang  anak itu sangat berkait rapat dengan corak didikan ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menerapakan amalan menabung dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa seharusnya bersungguh-sungguh menjadikan amalan menabung sebagai budaya anak-anak bak kata pepatah, genggam bara api, biar sampai jadi arang. Hal ini kerana, amalan ini boleh menjana kestabilan ekonomi seseorang individu dan mengekalkan keseimbangan Negara secara efektif. Perspektif negatif seperti biar papa asal bergaya perlu diubah agar setiap individu mempunyai misi untuk keluar daripada belenggu kehidupan yang begitu mencabar. Menabung boleh dijadikan benteng untuk mendepani realiti dunia baru yang pantas berubah dan berkembang. Semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi memastikan obligasi terhadap amalan menabung terus subur dalam diari ekonomi setiap individu agar kemakmuran  diri dan Negara dapat dikekalkan momentumnya. Oleh itu, setiap individu perlu mengorak langkah untuk menabung kerana amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian diri sendiri malahan Negara.


Thursday, 21 May 2015

Confess ??

Assalamualaikum readers


Hari ni JJ nak share apa yang JJ da lalui semalam. JJ tak sempat nak story semalam sebab JJ busy study. Bz sangat kan?? Seriously, JJ memang busy. Semalam hari Rabu kan? So, sekolah JJ memang balik lambat. Tapi disebabkan semalam hari exam, cikgu buka pagar awal sikit. So, sementara menunggu bas yang crush JJ selalu naik tu datang, JJ jumpa dia dulu. Masa JJ jumpa dia JJ akan cakap yang JJ nak ikut dia. Hahahaha :D JJ memang suka buat macam tu. Then JJ ada ajak dia teman JJ. Sebenarnya, JJ teman member JJ. Dia ada kelas. JJ pun ajak crush teman. Tapi dia tak nak pun. Pastu, masa JJ teman kawan JJ yang tengah ada kelas tu, JJ study untuk exam hari ni. Coincidentally, JJ macam ternampak crush lalu. JJ rasa tu crush JJ sebab dia pakai baju yang JJ selalu nampak dia pakai. JJ ingat JJ da angau kat dia sampai asyik nampak dia je. Then, bila kelas member JJ da tamat, JJ ajak dia teman JJ. JJ just nak pastikan apa yang JJ nampak tu betul ke tak. Then, masa JJ pergi lalu kat dewan, JJ tengok budak2 kat padang, tapi JJ tak nampak dia pun. Bila da sampai belakang dewan, tetiba je ada orang datang kat JJ. Rupanya, crush yang datang kat JJ, Berdegup jantung JJ ni bila dia datang kat JJ. Pastu, dia cakap dia tahu JJ duduk kat mana sebelum pergi dewan, Tak sangka yang dia tau JJ ni duduk kat mana. JJ macam nak cakap something kat dia, tapi JJ tak boleh nak cakap. Maklumlah, crush la katakan. Pastu JJ confess kat dia yang JJ ni da syok kat dia. Pastu, dia cakap JJ suka kat dia sebagai kawan je. JJ cakap kat dia yang perasaan ni lain. Tak sama dengan yang dia cakap tu. Crush JJ tu boleh pulak dia cakap yang dia da tau apa yang JJ nak cakap kat dia. Pastu dia cakap, dia nak buat JJ benci kat dia, How could you. JJ tak tau la kenapa JJ rasa segan dengan dia. JJ pun tak tau apa yang istimewa sangat crush JJ tu. Tapi yang penting JJ suka dia. Lega bila da bagitau apa yang JJ rasa, 

Monday, 18 May 2015

I'm Sorry :'(

Assalamualaikum readers


Hari ni JJ nak story pasal BFF JJ. JJ sayangkan dia sangat2. Kalau boleh JJ tak nak dia dekat dengan orang lain langsung. JJ buat macam tu sebab JJ sayangkan dia. JJ dengan dia da lama kawan tau. 5 tahun kitaorang kawan. Dia yang paling rapat dengan JJ and yang paling faham JJ even dia masih belum kenal JJ sepenuhnya. Cuma lately ni je kitaorang macam renggang sikit. Punca ?? JJ pun masih tak tahu apa punca kerenggangan kami. Hahaha :D JJ dapat rasaaura yang tak sedap dalam hati ni. Rasa macam ada yang nak rampas BFF JJ dari JJ. Lagi satu, JJ selalu kecik hati dengan BFF JJ tu. Tapi an, JJ tak pernah cakap pun kat dia. Biarlah dia fikir yang JJ ni tak terasa langsung dengan dia. Sebenarnya JJ tak sampai hati langsung nak bagitau yang JJ kecik hati dengan dia. JJ tak nak buat drama air mata depan dia. Disebabkan JJ sayang dia lah, JJ tak sanggup nak bagitau dia. 

Saturday, 16 May 2015

Just Post ??

Assalamualaikum readers sekalian 

Hari ni kan JJ tak tahu nak story pasal apa. JJ just post je. Sama macam tajuk entri kita kali ni. Sebenarnya kan, banyak JJ nak story. Tapi JJ tak tau nak bagitau macam mana kat korang. Kalau korang nak tau an, JJ ni still lagi dalam proses nak lupakan crush- crush JJ. Dorang semua tak berguna langsung. JJ selalu sangat jumpa dorang bagi hint kat dorang yang JJ ni crushing on them. Tapi dorang ni tetap tak faham2 jugak. Haihh. Susah cakap dengan orang macam dorang tu. Sampai bila pun takkan faham apa yang JJ rasa. Cakap pasal 'apa yang JJ rasa' ni, JJ ada benda sikit nak bagitau hangpa semua. Sebenarnya, memang tak de sorang pun yang faham apa yang JJ rasa even family JJ sekalipun. Kalau family JJ pun tak faham apa yang JJ rasa, apatah lagi kawan2 JJ or my bestie. Entah la. Kekadang JJ rasa JJ macam takde kawan sebab kawan2 JJ tak de yang faham JJ. Takkan smeua benda JJ nak kena bagitau. Agak2 la sikit. Takkan la JJ yang tengah masam mencuka ni dorang boleh paksa JJ ikut dorang round2 sekolah. Bila JJ da cakap tak nak, tak perlu la paksa JJ ikut. Kalau JJ cakap tak nak, maksudnya tak nak la. JJ ni bukannya pendirian tak tetap yang suka suki nak ubah fikiran. Erghh.. stress ah gini. Dah la esok ada paper chemist. Doakan JJ yer. JJ bukannya nak sakitkan hati kawan2 JJ, cuma JJ tak nak la kena paksa2 ni. JJ harap sangat dorang tak buat JJ sakit hati. Ok la wahai readers semua. JJ tinggalkan link Facebook JJ. Jangan lupa add tau ;)

Friday, 8 May 2015

Facebook

Assalamualaikum readers

Hari ni kan JJ nak share dengan korang wahai readers yang disayangi semua tentang...
Jeng..Jeng..Jeng
Tentang Facebook JJ. Semua orang ada Facebook kan ?? Siapa yang tak de Facebook kat sini angkat tangan anda. Hahaha :D Macam la JJ boleh nampak korang angkat tangan kan. Back to our story. Korang nak link Facebook JJ tak ? https://www.facebook.com/hajar.jajaii1
Nah ! JJ dah bagi dah pun. Jangan lupa add JJ pulak. Jangan risau. JJ akan approve korang nanti. Buat masa ni JJ just aktif denagn Facebook je. Kalau nak update from JJ, boleh la jenguk Facebook JJ. JJ tak sombong just malu je. JJ malu?? Tak patut betul la. Ok guys. Jangan lupa add tau ;)