Wednesday, 30 December 2015

JJ EGO ?? seriously ?

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni JJ tak tau nak share ape dengan korang. JJ  just post je lah ye. JJ tengah takde idea sekarang ni. Apa yang korang nak tau ye? Macam ni lah. JJ story kat korang semua pasal JJ ye? Yang JJ sangat tau pasal diri JJ ialah JJ seorang yang sangat ego. Korang tau kan ego tu ape? Ego tu tak nak mengalah. Ego ni bukan pentingkan diri tau. Just tak nak mengalah and takkan mengalah. Ego JJ sangat tinggi. Kalau ade orang yang boleh layan ego JJ ni, JJ salute abis lah. Orang ade cakap yang orang ego ni akan kalah dengan rindu. Tapi bukan JJ. JJ memang akan tahan rindu tu walaupun terpaksa tahan sakit memendam rasa. JJ takkan kalah. JJ nak orang yang cari JJ bukan JJ yang cari orang. JJ dah penat kejar orang. Korang sendiri tau kan ape yang JJ rasa bila JJ kejar orang yang tak sepatutnya. So, JJ tak nak benda tu terjadi lagi. Biarlah nampak 'kerek' sekali pun, asalkan JJ tak terkejar-kejar orang yang salah lagi. 

Rasanya ni dulu la untuk entry kali ni. JJ pun dah malas nak menaip ni. hahahahah

Sunday, 27 December 2015

Abang - Abang JJ

Assalamualaikum 

Kali ni JJ nak share pasal abang - abang JJ yang agak sengal. Dorang ni kepala masuk air sebijik macam JJ jugak la. Tapi, they are not my biological brother. Means, doang tu bukanlah abang kandung JJ pun. JJ anggap dorang tu abang angkat JJ sebab dorang panggil JJ adik. JJ ni anak sulung, so JJ takde abang or kakak. Jadi, abang- abang JJ ni dengan rela hati suruh JJ panggil dorang ni abang. Lagi pun, JJ lagi muda dari dorang. So, JJ kena la respect dorang. JJ ade dua orang abang. Dua-dua kepala masuk air. So, JJ boleh masuk dengan dorang la.JJ memang tak pernah anggap dorang lebih daripada seorang abang sebab JJ memang perlukan seorang abang pun. Dari JJ form 2 lagi, JJ memang cari abang angkat. Now, ade orang yang rela hati nak JJ panggil dia abang and dia panggil JJ adik. One of benefit yang JJ dapat daripada abang - abang JJ ni ialah dorang selalu layan JJ and dengar cerita JJ. JJ rasa best sangat. Kalau JJ cerita pasal masalah JJ kat dorang, mesti dorang akan bagi semangat kat JJ walaupun cara dorang bagi nasihat tu agak sengal sikit la. Walaupun cara dorang bagi JJ nasihat tu cara yang paling sengal JJ pernah dengar, tapi nasihat dorang tu berguna. Lagi 1, dorang layan je karenah JJ yang childish and suka bidas ni. Sorang abang JJ cakap JJ ni tak matang langsung, sorang lagi cakap JJ ni matang. Korang sebagai readers pun mesti tak dapat nak agak JJ ni matang ke tak.

Abang-abang JJ memang pandai buat JJ senyum sorang-sorang. Ade je cara dorang nak buat JJ senyum even dorang tak cerita benda yang kelakar pun. JJ dah set kat hati JJ yang JJ takkan suka kat abang-abang JJ ni sebab JJ takut nanti hubungan as abang adik ni hilang sebab perasaan cinta ni. JJ sayang abang-abang JJ ni tak lebih sayang seorang adik kepada seorang abang.

Rasanya tu je yang JJ nak share buat masa ni. Ni pun JJ tengah chat dengan abang JJ.

Wednesday, 16 December 2015

Sorry guys :) Ada tarbiah sentap untuk pengajaran kita

Assalamualaikum readers

First of all JJ nak minta maaf kat korang semua. JJ tau JJ salah sebab JJ tak tunaikan janji nak update blog lepas SPM. Tapi sekarang pun lepas SPM jugak kan? So JJ tak salah la *muka tak salah*
Hari ni JJ nak story kat korang pasal ape ye ? Ape yang korang nak tau ? 
JJ pun tak tahu la nak share dengan korang apa. Nak story pasal crush ? JJ da tak de crush sekarang ni. 
JJ nak promote Instagram and Twitter JJ dulu la ye. 
Instagram : hajarjaja13
Twitter : @are_ja13
Tu Ig and Twitter JJ la. Jangan lupa follow je guys ; )
Next JJ nak share statement yang sangat panjang. Sesiapa yang baca memang akan sentap tapi banyak pengajaran kat situ. So, take it easy and stay positif.

Suka kepada seseorang adalah fitrah tetapi jangan jadikan fitrah sebagai fitnah. Perasaan suka ini merupakan cara halus syaitan yang ingin menyesatkan anak Adam. Perasaan ini juga boleh membawa kepada masalah hati yang boleh merosakkan iman dan amal. Perasaan ini juga boleh mengundang kepada zina. 

Dalam al- Quran surah al Isra' ayat 32. Fahami dan hayati betul-betul. " Jangan dekati zina " Allah tak kata zina tapi mendekati zina itu sudah jelas HARAM ! Dalam al- Quran, segala yang berbentuk larangan bermakna HARAM. Bukan zina je tetapi perkara yang mendekatkan kita dengan zina juga jelas HARAM  dan WAJIB DIJAUHI. Allah dah kata macam ni and still lagi kata niat kerana Allah? Dalil apa yang dipegang? Adakah dalil nafsu? 

Dalam pepatah Arab ada 7 jalan zina:
1. pandang2
2. beri salam
3. sembang
4. temu janji
5. jumpa
6. zina
7. ending: NERAKA

Jangan buat benda yang jelas salah di sisi Islam. Tolonglah sedar.

Ibn Qayyim pernah berkata: Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/ lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana setiap kali dekat dengan orang yang dicintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta.

Fahamkan balik maksud ikhtilat. 

Ulama' pernah berkata: Hukum asal ikhtilat tu HARAM boleh jadi HARUS dalam dua keadaan iaitu darurat dan hajat. 

Tak perlu buang masa laghaa. Jangan jadi fitnah kepada agama. 

Salah satu sebab dakwah tak berkesan adalah kerana seseorang pendakwah itu tidak menjaga ikhtilat itu sendiri. Sejauh mana cinta kepada Allah?

 Cinta dan suka ni nikmat tetapi kita janganlah salah gunakan nikmat yang Allah dah beri. Tak malu ke kita menggunakan nikmat yang Allah beri ke jalan yang dimurkai sedangkan ini semua hanyalah pinjaman semata-mata? Tepuk dada tanya iman. Cinta sebelum nikah itu hanyalah sia-sia belaka. 

Imam al-Ghazali pernah berkata : Aku dapati dalam bercinta itu terdapat banyak dosa besar.

Ibn Qayyim berkata: Orang yang mencintai sesuatu (wanita/ lelaki) mahu tidak mahu cinta itu akan menyeksanya. Apabila seseorang mula mencintai, maka dia akan sibuk memikirkan orang yang dicintainya sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya. 

Muhasabah diri balik.  

Alhamdulillah. Walaupun statement tu agak kasar, tapi JJ bersyukur sebab hamba Allah ni sedarkan JJ. tadi JJ ada mention pasal zina right? Actually, zina yang hamba Allah tu maksudkan tu ialah zina hati. Berapa ramai diantara kita yang da buat zina hati? Kita takkan sedar yang kita dah pun lakukan zina hati terhadap seseorang. JJ nak terang lebih pasal zina hati ni pun JJ belum cukup pandai. Pengetahuan JJ pun cetek lagi. 
Tapi InsyaAllah JJ akan cuba mendalami pasal semua ni sebelum JJ pulak yang terjerumus ke dalam zina. JJ nak berubah. Maybe mesej dari hamba Allah ni merupakan hidayah Allah untuk JJ perbaiki diri JJ supaya tak terlalu leka memikirkan tentang lelaki. Hopefully korang akan support JJ 

Friday, 16 October 2015

I'm Sorry 😒

Assalamualaikum readers 

Rindunya nak story mory kat korang semua. Ade tak readers JJ  yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ni? Angkat tangan anda ☝☝
So, JJ nak wish good luck kepada semua calon SPM tahun 2015πŸŽ‰ Korang semua buat yang terbaik tauπŸ‘ Banggakan parents korangπŸ‘« Tu je la cara yang kita boleh balas jasa dorang buat masa ni. JJ pun nak minta maaf dekat korang semua andai kata post JJ sebelum ni ade yang mengguris hati korang😧 JJ sedar yang JJ tak sempurna mana pun. Senang kata, kita semua tak sempurna lahπŸ˜ƒ Pada calon PT3, sori tau. JJ tak sempat nak wish good luck dekat korang. Hopefully korang akan menaikkan peratus sekolah korang la ye πŸ‘Œ JJ rasa masa yang tinggal untuk SPM tinggal lebih kurang 16 hari lagi 😨 So, macam mana dengan persediaan korang? πŸ˜‰ JJ pun belum bersedia sepenuhnya πŸ˜‚ Tapi, inshaallah semuanya akan berjalan lancar seperti yang diharapkan 😘 Semakin dekat SPM, semakin kerap JJ rasa mengantuk 😴 JJ nak selit sikit cerita pasal crush JJ 😍 Korang memang suka bab2 bercinta ni πŸ’ž JJ da lupakan pasal crush JJ. Tipu la kalau JJ tak teringat langsung pasal dia 😐 Yang penting sekarang ni JJ nak fokus SPM ✌ Sebab SPM yang akan menentukan masa depan JJ.. Bukannya crush JJ πŸ’‘ Sekian tu je la yang JJ nak story ngn korang. Maybe JJ akan update blog ni lepas SPM πŸ˜‰ Just wait for me 😘

Sunday, 5 July 2015

Patahnya hati JJ :'(

Assalamualaikum readers 

Hari ni JJ nak story apa yang terjadi kat JJ sepanjang hari ni. Dari pagi tadi sampailah sekarang.Korang bila tengok tajuk post JJ mesti da dapat agak apa yang JJ akan sampaikan. Okay. Let’s start my story. Pagi tadi, masa JJ tengah jalan-jalan, crush JJ panggil JJ. Korang tau tak apa perasaan JJ masa tu? JJ happy takkk terkata tau tak. Guess what? Crush JJ ajak JJ berbuka sama-sama. Perasaan JJ masa tu… korang tau kan apa perasaan JJ masa tu. Senyum dari pagi sampai balik. Then, JJ bagi number phone JJ supaya JJ dapat bagitau dia yang JJ  confirm pergi ke tak. JJ pun belajar macam biasa. Hari ni JJ balik lambat sebab  kelas JJ habis lambat. Pastu masa JJ balik, crush JJ call JJ. Tapi JJ tak sempat angkat pun. So, JJ call dia balik. JJ cakap kat dia yang JJ akan datang.
Bila da petang tu, JJ pun pergi la kat tempat yang dijanjikan. Masa tu JJ happy lagi sebab dapat jumpa dia n cakap dengan dia. Tapi tak sangka pulak lepas tu, girlfriend dia datang. Masa tu jugak mood JJ down. JJ memang takde mood langsung masa tu. Tapi JJ just cover up by my smile. My fake smile. Lama JJ tahan tau tak. Sepanjang makan tu, JJ ketawa je. Tak pandang dia langsung. Masa dia da kenyang tu, dia nak balik. Pastu, sibuk nak halau kitaorang balik. Da la sepanjang aku makan tu dia tak cakap dengan aku langsung. Siapa aku kat situ? Kerusi ke? Ke meja? Baik JJ jadi makanan kat situ. Boleh la dia makan JJ. Aku macam tak wujud langsung. Sibuk cakap dengan girlfriend dia. Kenapa dia buat JJ macam ni? Apa salah JJ kat dia?
Ok la guys. JJ tak dapat tahan lagi da. Maybe ni last post pasal crush JJ. Memang JJ da berjaya dapatkan contact number dia. Tapi dalam masa yang sama JJ kecewa. JJ kecewa sangat. JJ menyesal kenal dengan dia. Menyesal sangat !!!!!

Friday, 3 July 2015

Couple

Assalamualaikum readers

Da lama JJ tak update kat sini. Mesti ada yang rindu kan? Sorry. JJ bz sikit lately ni. Tak sempat JJ nak wish puasa kat korang. Hari ni da hari ke -16 kita berpuasa. Tapi hari ni JJ nak wish jugak. Selamat Menyambut Berpuasa :) 
Hari ni JJ nak share dengan korang2 semua pendapat JJ tentang COUPLE. Korang ada pengalaman couple tak ? Kalau ada, seronok ke ? And kalau takde, mesti teringin nak couple kan? Nasihat JJ la kan. Korang jangan la couple time sekolah. Semak tau tak. Kenapa JJ cakap gitu? Sebab JJ da ade pengalaman la. Memang couple2 kat luar sana akan marah dengan nasihat JJ ni. Mula2 korang rasa happy sangat2 sampai orang nasihat pun tak nak dengar.Itulah masalahnya sekarang ni. JJ da pernah rasa semua ni la. JJ pun masa tu tak dengar cakap orang keliling da. Yang penting JJ happy masa tu. And guess what? Kebahagiaan JJ sekejap je. Semua ni tak kekal pun. JJ kekal setahun je. Lepas tu, terus clash. Bila JJ da clash dengan dia, JJ rasa senang hidup sorang2. Tak terikat nak ke mana-mana pun. Tapi, bila JJ da kenal dengan crush JJ ni, JJ ada rasa nak couple dengan dia. Tapi bila teringat pasal hubungan JJ yang dulu, JJ masih belum bersedia nak bercinta lagi. Sebenarnya, crush JJ da tau pasal perasaan JJ kat dia. Tapi, JJ buat tak kisah je la. JJ bukannya confident yang dia akan balas perasaan JJ, tapi cukup sekadar dia tau je. JJ pernah tanya dia pasal couple ni. Dia cakap tak seronok kalau couple in the same school. Yess. JJ setuju dengan statement dia. Bila JJ fikir balik, memang betul pun. Kalau 1 sekolah, nanti kena control. Belum lagi termasuk dengan kes cemburu buta. Haihh. Banyak tau keburukan couple time sekolah ni. Kita belum cukup matang lagi nak couple time sekolah ni.Baik korang fokus belajar. Lagi baguihh.

Tuesday, 16 June 2015

AKU PUN BOLEH EGO JUGAK

Assalamualaikum readers 

Hari ni JJ nak share sikit pasal ego and JJ akan selitkan pasal crush JJ. Alhamdulillah dia datang hari ni. Just JJ tak dapat nak sampaikan apa yang JJ patut sampaikan kat dia. OK. Back to our story. 
Macam ni. Korang percaya tak kalau JJ cakap yang korang semua ni ego? Ego dengan perasaan sendiri. Suka sangat seksa diri sendiri tu. Apa yang JJ faham pasal ego ni ialah TAK NAK MENGALAH. That is ego. Korang nak contoh tak ? Benda ni jadi kat JJ hari ni.
Ceritanya macam ni. JJ nak pergi jumpa crush JJ tu. Then, masa JJ jalan ke arah dia, dia boleh lari menyorok dari JJ. Korang tau tak apa perasaan JJ masa tu? Da la masa tu cuma JJ sorang je yang ada dekat situ. Memang JJ rasa kecik hati sangat2 la. Then, JJ pun patah balik. Disebabkan JJ rasa sangat terkilan dengan perbuatan dia tu, JJ tunggu kat tempat lain. Depan sikit daripada tempat aku selalu tunggu. Pastu, aku tak pandang ke arah dia pun. Aku pandang arah yang bertentangan dari biasa. So, that's mean, JJ takkan nampak dia dari situ. Maklumlah, sorokkan muka. Masa pagar sekolah da buka, JJ perasan dia lalu. Dia jalan slowly. Maybe sebab tunggu JJ perasan dia kot. JJ just buat tak tau je. Seolah-olah bukan dia yang JJ cari. Then, ada orang tegur dengan dia, dia pusing belakang. JJ tengok dia. Dia pulak tengah tengok ke arah JJ. Cepat-cepat JJ tukar arah. Padan muka :p Pastu, dia jalan slowly jugak sambil jeling-jeling belakang. Maybe mengharap JJ follow dia kot. Then, lepas JJ pastikan yang dia da betul-betul keluar dari pagar sekolah, JJ pergi kat pagar sekolah. Rupanya, mummy JJ da pun sampai. Masa JJ nak jalan keluar tu, JJ tengok crush JJ baru nak duduk dalam bas. Masa mummy JJ lalu sebelah bas yang dinaiki crush JJ tu, JJ tengok dia tengah pandang ke arah sekolah. PADAN DENGAN MUKA DIA !!
Petang tadi, JJ ada tuisyen tau. Masa JJ tengah tunggu mummy JJ pick up JJ, JJ ternampak crush JJ. Terus JJ pandang lain. Merajuk la katakan. Coincidentally, my mummy arrived on time. So, JJ pun cepat-cepat masuk dalam kereta dengan kawan JJ. Bila JJ da masuk dalam kereta, JJ tengok je la dia. Tapi masa mummy JJ lalu sebelah crush JJ, JJ tak pandang dia la. Kawan JJ je yang pandang dia. Korang nak tau tak apa yang kawan JJ cakap kat JJ? Dia cakap yang crush JJ tengok lama dekat kereta JJ. Masa tu la JJ rasa nak ketawa. Sengal betul la. JJ tak percaya yang dia boleh buat macam tu sekali. And tadi kalau JJ tak silap, crush JJ pakai baju warna hitam. SAMA DENGAN JJ o.O
OK la guys . sampai sini je cerita JJ. JJ pun tak tau nak share ape lagi da. Ni je tempat JJ meluahkan apa yang terbuku dalam hati JJ.

Monday, 15 June 2015

Crush. Again ?

Assalamualaikum readers

Hari ni kan genap la JJ berumur 17 tahun 2 hari. Hahaha. Birthday JJ da lepas 2 hari yang lalu la. Lupa nak update blog :p. Lagipun, lately ni JJ busy banyak la. Bukan busy sikit tapi busy banyak. Wooo. JJ buat apa yang busy banyak tu. Well, JJ kan still student sekolah. So, JJ busy with homework and class during holidays. Tu yang JJ tak menyempat nak update blog ni. Lagipun, JJ tak de story nak share dengan korang. But, this day, JJ have a story that JJ want to share with you. Excited nak bace tak ? Kena excited dulu la ye baru JJ story kat korang. Sebenarnya kan, hari ni JJ dapat jumpa balik crush JJ. Da la JJ rindu tahap gaban dengan dia. Bila JJ nampak dia tadi, ketaq abih kaki ceq. Haih. Memang lub dub lub dub la jantung JJ masa tu. Ayat tu nampak klishe kan? Tapi, itulah kenyataannya :) 
Dia bagitau JJ yang dia kena rotan sebab tak datang semalam. Kesian dia :( JJ tanya dia kenapa dia tak datang semalam. Dia boleh jawab kat JJ yang dia malas. Korang rasa apa perasaan JJ masa tu? Geram pun ye gak. Dah la JJ rindu tahap gaban kat dia, boleh pulak dia skip semalam. Geram je rasa. Dia tak rindu kat JJ ke? 
Tadi kan, JJ ada cakap kat dia yang birthday JJ baru je lepas. Korang boleh agak tak dia jawab apa? Dengan excitednya dia jawab ooo ea?? Happy Birthday JJ punya perasaan masa tu kan, nak lompat aje rasa. Happy tak terkata. memang syok abis. Tak sia-sia JJ pergi JUMPA dia hari ni. Da la JJ tak ada contact num dia. Perlu ke JJ mintak kat dia? Korang rasa? 
Then, JJ ada cakap kat dia yang JJ rindukan dia. Pastu dia cakap "kau rindu aku? hahaha choyy"
Da la gaya dia cakap tu macam happy je, Tapi lelaki ni unexpected sikit. Kadang-kadang bukan betul pun apa yang kita teka tu. Rupanya mainan hati je. Harap-harap la ni bukan mainan hati JJ semata-mata. Tapi tadi JJ nampak muka dia macam segan je bila JJ cakap yang JJ rindu dia. Tapi, entah la. Takut je JJ ni bertepuk sebelah tangan. Da lama JJ simpan ni. Berapa lama lagi JJ kena simpan persoalan ni ? Tak menyempat aje nak bertanya kat dia. Hopefully, JJ sempat and ingat nak tanya dia esok. Korang pun doa-doakan la JJ ye. Harap-harap la dia datang esok. Kalau dia tak datang, kempunan la JJ nak tanya dia.

Thursday, 28 May 2015

Jangan Lupa Rindu Aku

Assalamualaikum readers


Hari ni kan JJ nak share dengan readers semua pasal rindu. Korang mesti pernah alami perasaan ni kan? Gila tak pernah. Mustahil sangat kalau korang tak pernah alami benda ni semua. Perasaan ni rindu ni rasa macam nak pecah kepala kalau fikir. Betul tak ? JJ benci tau rindu ni. JJ terseksa dengan  perasaan rindu ni. JJ tak boleh nak bagitau perasaan JJ dekat CRUSH JJ. haihh.. Apa la nasib :( Da la hari ni JJ last sekolah. JJ pulak tak dapat jumpa CRUSH JJ. Dah la cuti 2 minggu. Jadi rindu JJ extra 1 hari sebab JJ tak dapat jumpa CRUSH JJ hari ni. Tapi kan, sebenarnya, CRUSH JJ tu da ada makwe. Tu pun JJ belum sahkan lagi la. Orang-orang JJ yang cakap CRUSH JJ da berpunya. Masa dengar tu, frust la jugak. Tapi kan, JJ heran la. Kalau la betul CRUSH JJ da berpunya, kenapa dia layan JJ baik sangat ea? Takkan la nak jaga hati JJ sampai macam tu sekali? Pelik bin ajaib betul la. Korang rasa kan, kenapa dia layan JJ? Dah la JJ tak dapat nak contact dengan CRUSH JJ cuti sekolah ni. Sebab apa? Sebab JJ tak ada contact num dia pun. 1 apa pun tak ada. Sedih tau tak. Harapkan telepati je la. Hahaha. Nak tunggu naik sekolah?? Lambat lagi la sayang. Bersabar je la wahai hati :) Anyway, CRUSH !!!! JANGAN LUPA RINDU AKU TAU !!!!

Sunday, 24 May 2015

Positif ke Negatif ( + / - )

Assalamualaikum readers
Hari ni JJ nak story pasal positif and negatif. Haa.. mesti korang tertanya- tanya kan? Apakah yang JJ maksudkan dengan positif negatif. Ingat nak belajar chemist ke ni. Cop ! JJ nak ulas sikit. Kepada sesiapa yang menaruh harapan terhadap crush, mesti korang akan tau apa yang JJ nak cakap berkenaan dengan positif negatif ni. Ok stop ! cukup –cukup lah sebut positif negatif ni. Aikk?? Sebut lagi.
Sebenarnya gini, kalau korang crushing on someone, of course la korang harapkan crush korang tau apa yang korang rasa kan? Kalau JJ jadi korang pun JJ nak crush JJ tau apa yang JJ rasa. Then, bila depa da tau perasaan kita, kita mengharap yang depa tu akan balas perasaan kita tu kan? Kalau depa rasa apa yang kita rasa, sah-sah la kita dapat respon yang positif dari pihak crush. Hahaha itulah yang positifnya. Kalau negatifnya pulak, depa tak layan kita langsung atau bangga diri dengan cara depa pi canang kat kawan- kawan dia yang dia ada peminat. Kalau korang crush dengan orang lagu tu, memang korang mintak publisiti murahan la. Memang tempah ‘glamor’ kejap. Lagi satu respon negatif kalau kena ‘friendzoned’. Korang tau kan friendzoned tu apa? Kalau tak tau, meh sini JJ nak bagitau kat korang. Berdasarkan research JJ pasal friendzoned, friendzoned ni sebenarnya kawan lelaki n perempuan. Then bila salah sorang tu confess kat sorang lagi and dapat respon yang negatif seperti ‘ aku anggap kau kawan je’ . itulah friendzoned. Kalau tak faham lagi?? JJ bagi contoh kat hangpa semua
Boy: eh! Aku suka kau
Girl : tapi, aku anggap kau kawan je. Tak lebih pun.

That’s it. Itulah friendzoned. Huhuhu. Harapnya JJ tak dapat yang friendzoned. JJ nak respon positif dari pihak crush JJ. Ok bye

Saturday, 23 May 2015

Peranan Ibu Bapa Dalam Menyemai Amalan Menabung

Karangan ni hasil daripada perbincangan JJ n classmates. Hopefully membantu :)



PERANAN IBU BAPA DALAM MENYEMAI AMALAN MENABUNG

Secara definisinya,  menabung ialah menyimpan wang atau barang berharga di bank atau di tempat yang selamat. Amalan menabung haruslah dipupuk sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Menabung dapat melatih diri kita supaya sentiasa berjimat-cermat dengan wang yang dimiliki. Apabila kita menabung setiap hari sedikit demi sedikit lambat laun pasti akan menjadi banyak bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit dan sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Hasil daripada tabungan dapat membantu kita dalam keadaan kecemasan yang memerlukan wang. Selain itu, menabung juga dapat membantu kita mewujudkan masa depan yang terjamin. Hal ini dimanfaatkan apabila hasil tabungan digunakan untuk dijadikan modal perniagaan yang ingin diusahakan. Natijahnya, menabung amat penting untuk kita semua supaya dapat belajar mengatur kewangan. Oleh itu, ibu bapa berperanan penting untuk membentuk anak-anak mereka untuk menjadi seorang penabung sekali gus menjadi seorang yang berjimat-cermat.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan ibu bapa untuk memupuk amalan menabung dalam diri anak-anak adalah penting. Membuka akaun bank untuk anak-anak mereka merupakan langkah yang paling bijak. Amalan ini perlulah dipupuk oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Sebagai contoh, apabila musim perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu anak-anak akan mendapat duit raya tidak kira sedikit atau banyak. Lebihan duit tersebut perlulah disimpan dalam akaun bank anak-anak mereka. Hal ini kerana, segala wang yang disimpan aka nada gunanya untuk masa hadapan apabila mereka dewasa kelak bak kata pepatah sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Secara tidak langsung, amalan ini dapat digunakan oleh anak mereka dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai suri teladan. Oleh itu, amalan membuka akaun bank dapat member manfaat kepada anak-anak dalam memupuk amalan menabung.

Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih yang tanpa tompok, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya. Ibu bapa seyogia melakukan anjakan paradigma untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak, sepantun peribahasa melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Oleh hal yang demikian, ibu bapa harus menjadikan diri sebagai suri teladan untuk anak-anak. Pada usia yang muda, anak-anak tidak dapat berfikir dengan rasional dan matang serta tidak membezakan antara intan dengan kaca. Kesannya, mereka akan mencontohi perlakuan dan tingkah laku ibu bapa. Bagaimana acuan, itulah kuihnya. Peribahasa yang sering terngiang-ngiang di telinga kita ini masih dapat dibuktikan kebenarannya sehingga hari ini. Memandangkan anak-anak akan mencontohi apa-apa jua tindakan dan gelagat ibu bapa, ibu bapa harus mengamalkan tabiat menabung. Antaranya, ibu bapa harus menyimpang wang yang berlebihan di dalam tabung. Sementelahan itu, ibu bapa harus memberikan penerangan kepada anak-anak untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak-anak. Alternatif ini dapat diibaratkan sebagai perisai yang ampuh kerana dengan adanya penerangan, anak-anak akan dapat meluaskan horizon mereka tentang kepentingan amalan menabung. Sebagai contoh, amalan menabung dapat menggarap nilai berjimat-cermat dan megikis sikap boros anak-anak. Anak-anak juga berupaya menguruskan kewangan dengan lebih efektif untuk mengelakkan pembaziran. Pada masa yang sama, ibu bapa harus memberitahu anak-anak tentang kesan-kesan negatif sekiranya amalan menabung tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Penerangan harus diberikan secara berhemah dan lemah lembut supaya lebih mudah diterima oleh anak-anak. Ibu bapa juga wajar menjadikan cerita, teka-teki dan tayangan video sebagai saluran untuk menyampaikan informasi tersebut kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana media-media tersebut amat mujarab untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak-anak. Sebagai kesimpulannya, ibu bapa harus menggembleng tenaga dan mendukung obligasi untuk membentuk generasi masa hadapan yang menyemai amalan menabung dalam sanubari.

Adat usang pusaka lama, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap. Ibu bapa seharusnya bijak dengan memberi galakan ataupun rangsangan kepada anak-anak untuk mengamalkan tabiat menabung. Ibu bapa seharusnya mengelakkan menghadiahkan anak dengan hadiah yang mahal seperti telefon bimbit, komputer riba dan permainan video. Hal ini kerana akan memberi kesan sifat materialistik, ibu bapa sewajarnya menghadiahkan anak-anak dengan tabung  sebagai galakan  amalan menabung. Amalan menabung juga seharusnya diberi rangsangan kepada anak-anak sejak kecik bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di samping itu, ibu bapa hendaklah memberikan kepada anak-anak yang telah menabung dengan banyak. Antara penghargaan yang boleh diberikan ialah membawa anak-anak melancong  di tempat yang menarik seperti pantai, pulau dan taman tema.

Sebagai menyambung perbincangan di atas, tanggungjawab untuk memupuk amalan menabung dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak akan putus, tepung tidak berselerak. Dengan tiu, ibu bapa mestilah sentiasa membawa anak-anak ke kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga bukan kerajaan (NGO). Antara kempen yang boleh dianjurkan ialah kempen menabung. Kebiasaannya, kempen-kempen begini diadakan semasa cuti sekolah. Hal ini demikian kerana pada cuti  sekolah, ibu bapa boleh meluangkan masa bersama anak-anak mereka dengan membawa mereka ke kempen-kempen yang dianjurkan. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti sayembara puisi, menulis esei, kuiz pengetahuan am dan pertandingan melukis. Pertandingan yang diadakan sesuai untuk setiap peringkat umur. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan untuk menyemai amalan menabung dengan cara membawa anak-anak mengunjungi kempen-kempen yang diadakan.

Intihanya, ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan anak-anak mereka menjadi manusia yang berjaya pada masa hadapan. Gagal atau berjayanya seseorang  anak itu sangat berkait rapat dengan corak didikan ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menerapakan amalan menabung dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa seharusnya bersungguh-sungguh menjadikan amalan menabung sebagai budaya anak-anak bak kata pepatah, genggam bara api, biar sampai jadi arang. Hal ini kerana, amalan ini boleh menjana kestabilan ekonomi seseorang individu dan mengekalkan keseimbangan Negara secara efektif. Perspektif negatif seperti biar papa asal bergaya perlu diubah agar setiap individu mempunyai misi untuk keluar daripada belenggu kehidupan yang begitu mencabar. Menabung boleh dijadikan benteng untuk mendepani realiti dunia baru yang pantas berubah dan berkembang. Semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi memastikan obligasi terhadap amalan menabung terus subur dalam diari ekonomi setiap individu agar kemakmuran  diri dan Negara dapat dikekalkan momentumnya. Oleh itu, setiap individu perlu mengorak langkah untuk menabung kerana amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian diri sendiri malahan Negara.


Thursday, 21 May 2015

Confess ??

Assalamualaikum readers


Hari ni JJ nak share apa yang JJ da lalui semalam. JJ tak sempat nak story semalam sebab JJ busy study. Bz sangat kan?? Seriously, JJ memang busy. Semalam hari Rabu kan? So, sekolah JJ memang balik lambat. Tapi disebabkan semalam hari exam, cikgu buka pagar awal sikit. So, sementara menunggu bas yang crush JJ selalu naik tu datang, JJ jumpa dia dulu. Masa JJ jumpa dia JJ akan cakap yang JJ nak ikut dia. Hahahaha :D JJ memang suka buat macam tu. Then JJ ada ajak dia teman JJ. Sebenarnya, JJ teman member JJ. Dia ada kelas. JJ pun ajak crush teman. Tapi dia tak nak pun. Pastu, masa JJ teman kawan JJ yang tengah ada kelas tu, JJ study untuk exam hari ni. Coincidentally, JJ macam ternampak crush lalu. JJ rasa tu crush JJ sebab dia pakai baju yang JJ selalu nampak dia pakai. JJ ingat JJ da angau kat dia sampai asyik nampak dia je. Then, bila kelas member JJ da tamat, JJ ajak dia teman JJ. JJ just nak pastikan apa yang JJ nampak tu betul ke tak. Then, masa JJ pergi lalu kat dewan, JJ tengok budak2 kat padang, tapi JJ tak nampak dia pun. Bila da sampai belakang dewan, tetiba je ada orang datang kat JJ. Rupanya, crush yang datang kat JJ, Berdegup jantung JJ ni bila dia datang kat JJ. Pastu, dia cakap dia tahu JJ duduk kat mana sebelum pergi dewan, Tak sangka yang dia tau JJ ni duduk kat mana. JJ macam nak cakap something kat dia, tapi JJ tak boleh nak cakap. Maklumlah, crush la katakan. Pastu JJ confess kat dia yang JJ ni da syok kat dia. Pastu, dia cakap JJ suka kat dia sebagai kawan je. JJ cakap kat dia yang perasaan ni lain. Tak sama dengan yang dia cakap tu. Crush JJ tu boleh pulak dia cakap yang dia da tau apa yang JJ nak cakap kat dia. Pastu dia cakap, dia nak buat JJ benci kat dia, How could you. JJ tak tau la kenapa JJ rasa segan dengan dia. JJ pun tak tau apa yang istimewa sangat crush JJ tu. Tapi yang penting JJ suka dia. Lega bila da bagitau apa yang JJ rasa, 

Monday, 18 May 2015

I'm Sorry :'(

Assalamualaikum readers


Hari ni JJ nak story pasal BFF JJ. JJ sayangkan dia sangat2. Kalau boleh JJ tak nak dia dekat dengan orang lain langsung. JJ buat macam tu sebab JJ sayangkan dia. JJ dengan dia da lama kawan tau. 5 tahun kitaorang kawan. Dia yang paling rapat dengan JJ and yang paling faham JJ even dia masih belum kenal JJ sepenuhnya. Cuma lately ni je kitaorang macam renggang sikit. Punca ?? JJ pun masih tak tahu apa punca kerenggangan kami. Hahaha :D JJ dapat rasaaura yang tak sedap dalam hati ni. Rasa macam ada yang nak rampas BFF JJ dari JJ. Lagi satu, JJ selalu kecik hati dengan BFF JJ tu. Tapi an, JJ tak pernah cakap pun kat dia. Biarlah dia fikir yang JJ ni tak terasa langsung dengan dia. Sebenarnya JJ tak sampai hati langsung nak bagitau yang JJ kecik hati dengan dia. JJ tak nak buat drama air mata depan dia. Disebabkan JJ sayang dia lah, JJ tak sanggup nak bagitau dia. 

Saturday, 16 May 2015

Just Post ??

Assalamualaikum readers sekalian 

Hari ni kan JJ tak tahu nak story pasal apa. JJ just post je. Sama macam tajuk entri kita kali ni. Sebenarnya kan, banyak JJ nak story. Tapi JJ tak tau nak bagitau macam mana kat korang. Kalau korang nak tau an, JJ ni still lagi dalam proses nak lupakan crush- crush JJ. Dorang semua tak berguna langsung. JJ selalu sangat jumpa dorang bagi hint kat dorang yang JJ ni crushing on them. Tapi dorang ni tetap tak faham2 jugak. Haihh. Susah cakap dengan orang macam dorang tu. Sampai bila pun takkan faham apa yang JJ rasa. Cakap pasal 'apa yang JJ rasa' ni, JJ ada benda sikit nak bagitau hangpa semua. Sebenarnya, memang tak de sorang pun yang faham apa yang JJ rasa even family JJ sekalipun. Kalau family JJ pun tak faham apa yang JJ rasa, apatah lagi kawan2 JJ or my bestie. Entah la. Kekadang JJ rasa JJ macam takde kawan sebab kawan2 JJ tak de yang faham JJ. Takkan smeua benda JJ nak kena bagitau. Agak2 la sikit. Takkan la JJ yang tengah masam mencuka ni dorang boleh paksa JJ ikut dorang round2 sekolah. Bila JJ da cakap tak nak, tak perlu la paksa JJ ikut. Kalau JJ cakap tak nak, maksudnya tak nak la. JJ ni bukannya pendirian tak tetap yang suka suki nak ubah fikiran. Erghh.. stress ah gini. Dah la esok ada paper chemist. Doakan JJ yer. JJ bukannya nak sakitkan hati kawan2 JJ, cuma JJ tak nak la kena paksa2 ni. JJ harap sangat dorang tak buat JJ sakit hati. Ok la wahai readers semua. JJ tinggalkan link Facebook JJ. Jangan lupa add tau ;)

Friday, 8 May 2015

Facebook

Assalamualaikum readers

Hari ni kan JJ nak share dengan korang wahai readers yang disayangi semua tentang...
Jeng..Jeng..Jeng
Tentang Facebook JJ. Semua orang ada Facebook kan ?? Siapa yang tak de Facebook kat sini angkat tangan anda. Hahaha :D Macam la JJ boleh nampak korang angkat tangan kan. Back to our story. Korang nak link Facebook JJ tak ? https://www.facebook.com/hajar.jajaii1
Nah ! JJ dah bagi dah pun. Jangan lupa add JJ pulak. Jangan risau. JJ akan approve korang nanti. Buat masa ni JJ just aktif denagn Facebook je. Kalau nak update from JJ, boleh la jenguk Facebook JJ. JJ tak sombong just malu je. JJ malu?? Tak patut betul la. Ok guys. Jangan lupa add tau ;)

Thursday, 5 March 2015

Dia lari

Hola and Assalamualaikum

Hari ni JJ nak share pasal perasaan JJ. JJ tengah sedih ni. Semalam JJ ada ujian bulanan. Maklumlah pelajar sekolah tak lari dari ujian. Masa orang dok sibuk ujian mata pelajaran yang JJ tak ambil, JJ round sekolah. Masa JJ round2 tu, JJ ternampak la crush JJ tau. Dia senyum kat JJ. JJ pun balas la senyuman dia yang manis bak gula melaka tu. Then, masa JJ nak balik, JJ nak la jumpa dia. Tapi yang JJ hairan, dia tak muncul2. Sampai la kawan dia da balik. So JJ ingat dia da balik. Bila JJ da dekat pagar, JJ nampak dia baru nak keluar. JJ terkejut plus kecewa n sedih sangat. Masa dia lalu tu, dia tutup muka dia pakai tie. Sampai hati dia tau. Dia ingat bila dia tutup muka dia pakai tie, JJ tak nampak la muka dia. JJ sentiasa nampak muka dia yang handsome tu. JJ tengah sedih ni. Huhuhu nak menangis je rasa. Agak melebih kat situ. Hahaha. Tak de la sampai nak menangis. JJ ok je. Lagi pun, JJ da nekad tak nak bercinta tahun ni. JJ nak fokus SPM je. Setakat suka2 gitu boleh la.
Ok la sampai sini je JJ nak share dengan korang.
Adios and Assalamualaikum

Tuesday, 17 February 2015

Takraw

Hola and Assalamualaikum
Hari ni JJ nak story pasal takraw. Kenapa JJ mesti story pasal takraw ?? Bukannya JJ da kehabisan idea. Tapi disebabkan putera kayangan JJ salah seorang pemain takraw, so JJ wajib story pasal takraw. Kalau tak nak baca pun tak pe. JJ just nak share kegembiraan JJ je.
Ok pagi tadi masa JJ jumpa putera kayangan JJ, JJ gugup tau nak cakap dengan dia. Korang mesti fahamkan apa yang JJ rasa. JJ asyik gelak je. Tu semua gugup punya pasal. Da kawan JJ je yang cakap dengan putera kayangan JJ. JJ cuma senyum & ketawa je. Da menyesal JJ tau. Sempat la wish good luck kat putera kayangan JJ. Tu pun jadi lah. Ingat senang ke JJ nak contact dengan putera kayangan JJ tu. Susah tau. Finally JJ tau jugak keputusan dorang. Dorang menang game tu. Alhamdulillah berkat doa JJ untuk si dia. JJ senantiasa doakan kejayaan putera kayangan JJ. Bukan nak menunjuk. JJ just nak share dengan korang. Kalau korang sayang sangat kat someone tu, cukuplah dengan mendoakan si dia. Tak semestinya perlu berjumpa & contact setiap hari. Bila kita doakan si dia, kita pun boleh rasa tenang tau. Terasa lapang dada. JJ da pernah buat. Korang cuba la pulak ye. Maybe bila korang doakan si dia, si dia tu boleh jadi jodoh korang ke kan. Back to our story tadi. Dorang kan dah menang. JJ just say Alhamdulillah. Nak congrats dia pun tak boleh. Kami ni tak contact antara satu sama lain pun. Esok dah tak sekolah. Means that minggu depan barulah JJ dapat jumpa putera kayangan JJ. Ingat senang ke nak jumpa putera kayangan JJ tu.
Nampaknya JJ kena tambah kesabaran ni. Tingkatkan kesabaran kurangkan kemarahan. Itulah yang terbaik.
Ok la JJ got to go.
Adios and Assalamualaikum

Monday, 16 February 2015

Teman lelaki upahan

Hola and Assalamualaikum
Hari ni JJ nak share sikit pasal drama teman lelaki upahan.
Drama ni tak kata tak best, best jugak. Ada la part2 yang tak berapa best. Tapi ada ke ?? Sebenarnya JJ tak mengikuti sangat drama ni. Kekadang ada masa terluang memang JJ akan layan la. Tak pun nanti tengok YouTube je. Kan senang. Hujung jari je.
Ok la JJ nak sambung melayan drama ni.
Adios and Assalamualaikum

Sunday, 15 February 2015

Matematik tingkatan 5

Hola and Assalamualaikum
Hahaha
Hari ni JJ nak story sikit pasal math. Hari ni JJ belajar math pasal gabungan penjelmaan. Siapa yang da belajar math tingkatan 5 memang tau la bab ni susah ke senang. Nak cakap susah tak jugak. Senang sangat pun tak jugak. Sedang sedang je la.
Tu je yang JJ nak share.
Ok la JJ nak buat keje.
Adios and Assalamualaikum

Hari gembira JJ

Hola and Assalamualaikum
Hari ni JJ nak share pasal kebahagiaan yang JJ kecapi. Ceh ayat kan ??
Sebenarnya hari ni JJ dapat bercakap dengan putera kayangan JJ. Hehehe :D. Siapa sangka JJ cuma nak cakap sikit je dengan putera kayangan. Tapi kan, putera kayangan JJ dapat hidu apa yang JJ nak cakap kat dia. Dah la masa tu JJ macam takut2 nak cakap dengan putera kayangan JJ. Bukan takut mana pun. Cuma segan tahap nak masukkan muka dalam tong sampah je. Masa tu memang JJ ketawa je la. JJ memang tak boleh serius langsung. Control ayu pun tak. Just be myself. Tak kisahlah putera kayangan JJ nak cakap apa pun pasal JJ, yang penting JJ dapat cakap dengan putera kayangan JJ. Memang tak terkira la kegembiraan JJ. Lepas je putera kayangan JJ balik, terus JJ jerit. Nak lepaskan kegembiraan. Kawan JJ masa tu memang JJ da tak pandang. Yang penting JJ tengah happy. Tapi kan, tadi putera kayangan JJ jatuh. Biasa la lelaki kan. Kalau tak jatuh memang tak sah. Siap luka lagi siku putera kayangan JJ tu. JJ tak nak la cakap pasal luka dia. Lagipun JJ tak suka tengok luka / darah. Bukan pitam tau. Cuma tak boleh tengok. Rasa macam JJ pulak yang sakit. Tadi kan, JJ ada suruh dia kirim salam kat putera kayangan JJ. Pastu dia pelik tau. Pastu jj ketawa je la. Segan sebenarnya. Pastu JJ cakap la ciri2 putera kayangan yang JJ suruh dia kirim salam tu. At first, dia pelik tau. Pastu bila JJ cakap ciri2 putera kayangan JJ macam dia, terus dia senyum. Dia cakap dia faham. Hehehe good boy. Hari ni JJ happy sangat.
Ok la JJ nak sambung buat homework.
Adios and Assalamualaikum

Saturday, 14 February 2015

Catch us if you can

Hola and Assalamualaikum

Hari ni JJ nak share pasal novel catch us if you can. Ni novel literature JJ tau.
Alhamdulillah tak terlalu susah nak kaji. Sekarang ni JJ tengah nak fahamkan bab 1 sampai bab 10. Susah kalau kita tak faham jalan cerita ni. So, sebelum JJ kaji novel ni lebih detail, JJ kena la faham dulu jalan cerita dia.
Ok la sampai sini je dulu. JJ kena sambung baca ni.
Adios and Assalamualaikum

Thursday, 5 February 2015

Syarul

Hola and Assalamualaikum

Hari ni JJ nak story sikit pasal retis Malaysia kita ni.
Nama retis ni Syarul. JJ kenal retis ni pun lepas JJ tonton drama Romi cinta Julia.
Lepas JJ tonton drama tu , baru lah JJ perasan ada seorang pelajar di sekolah JJ muka dia ala ala Syarul a.k.a so Romi.
Sebenarnya pelajar yang JJ maksudkan ialah crush JJ.
Buat masa ni JJ story pasal Syarul dulu.
Nanti kalau ada masa masa, baru JJ story pasal crush JJ.
Sebenarnya da habis da story pasal Syarul ni.
Sampai di sini sahaja story JJ.
Kepada sesiapa yang tidak mengenali Syarul, JJ da sediakan gambar untuk korang tengok.
Enjoy it.
Adios and Assalamualaikum

Wednesday, 4 February 2015

Hola and assalamualaikum

Hola and assalamualaikum

Hari ni JJ nak story serba sedikit mengenai JJ.
JJ ni masih baru lagi di alam blogging ni.
But, JJ hope sangat ada yang sudi menjengah ke blog JJ.
In sha Allah JJ akan update dari masa ke masa serta sedikit nasihat yang JJ boleh share kat sini.
Cukup la ni dulu untuk perkenalan kita.
Adios and assalamualaikum :-)