Wednesday, 30 December 2015

JJ EGO ?? seriously ?

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni JJ tak tau nak share ape dengan korang. JJ  just post je lah ye. JJ tengah takde idea sekarang ni. Apa yang korang nak tau ye? Macam ni lah. JJ story kat korang semua pasal JJ ye? Yang JJ sangat tau pasal diri JJ ialah JJ seorang yang sangat ego. Korang tau kan ego tu ape? Ego tu tak nak mengalah. Ego ni bukan pentingkan diri tau. Just tak nak mengalah and takkan mengalah. Ego JJ sangat tinggi. Kalau ade orang yang boleh layan ego JJ ni, JJ salute abis lah. Orang ade cakap yang orang ego ni akan kalah dengan rindu. Tapi bukan JJ. JJ memang akan tahan rindu tu walaupun terpaksa tahan sakit memendam rasa. JJ takkan kalah. JJ nak orang yang cari JJ bukan JJ yang cari orang. JJ dah penat kejar orang. Korang sendiri tau kan ape yang JJ rasa bila JJ kejar orang yang tak sepatutnya. So, JJ tak nak benda tu terjadi lagi. Biarlah nampak 'kerek' sekali pun, asalkan JJ tak terkejar-kejar orang yang salah lagi. 

Rasanya ni dulu la untuk entry kali ni. JJ pun dah malas nak menaip ni. hahahahah

Sunday, 27 December 2015

Abang - Abang JJ

Assalamualaikum 

Kali ni JJ nak share pasal abang - abang JJ yang agak sengal. Dorang ni kepala masuk air sebijik macam JJ jugak la. Tapi, they are not my biological brother. Means, doang tu bukanlah abang kandung JJ pun. JJ anggap dorang tu abang angkat JJ sebab dorang panggil JJ adik. JJ ni anak sulung, so JJ takde abang or kakak. Jadi, abang- abang JJ ni dengan rela hati suruh JJ panggil dorang ni abang. Lagi pun, JJ lagi muda dari dorang. So, JJ kena la respect dorang. JJ ade dua orang abang. Dua-dua kepala masuk air. So, JJ boleh masuk dengan dorang la.JJ memang tak pernah anggap dorang lebih daripada seorang abang sebab JJ memang perlukan seorang abang pun. Dari JJ form 2 lagi, JJ memang cari abang angkat. Now, ade orang yang rela hati nak JJ panggil dia abang and dia panggil JJ adik. One of benefit yang JJ dapat daripada abang - abang JJ ni ialah dorang selalu layan JJ and dengar cerita JJ. JJ rasa best sangat. Kalau JJ cerita pasal masalah JJ kat dorang, mesti dorang akan bagi semangat kat JJ walaupun cara dorang bagi nasihat tu agak sengal sikit la. Walaupun cara dorang bagi JJ nasihat tu cara yang paling sengal JJ pernah dengar, tapi nasihat dorang tu berguna. Lagi 1, dorang layan je karenah JJ yang childish and suka bidas ni. Sorang abang JJ cakap JJ ni tak matang langsung, sorang lagi cakap JJ ni matang. Korang sebagai readers pun mesti tak dapat nak agak JJ ni matang ke tak.

Abang-abang JJ memang pandai buat JJ senyum sorang-sorang. Ade je cara dorang nak buat JJ senyum even dorang tak cerita benda yang kelakar pun. JJ dah set kat hati JJ yang JJ takkan suka kat abang-abang JJ ni sebab JJ takut nanti hubungan as abang adik ni hilang sebab perasaan cinta ni. JJ sayang abang-abang JJ ni tak lebih sayang seorang adik kepada seorang abang.

Rasanya tu je yang JJ nak share buat masa ni. Ni pun JJ tengah chat dengan abang JJ.

Wednesday, 16 December 2015

Sorry guys :) Ada tarbiah sentap untuk pengajaran kita

Assalamualaikum readers

First of all JJ nak minta maaf kat korang semua. JJ tau JJ salah sebab JJ tak tunaikan janji nak update blog lepas SPM. Tapi sekarang pun lepas SPM jugak kan? So JJ tak salah la *muka tak salah*
Hari ni JJ nak story kat korang pasal ape ye ? Ape yang korang nak tau ? 
JJ pun tak tahu la nak share dengan korang apa. Nak story pasal crush ? JJ da tak de crush sekarang ni. 
JJ nak promote Instagram and Twitter JJ dulu la ye. 
Instagram : hajarjaja13
Twitter : @are_ja13
Tu Ig and Twitter JJ la. Jangan lupa follow je guys ; )
Next JJ nak share statement yang sangat panjang. Sesiapa yang baca memang akan sentap tapi banyak pengajaran kat situ. So, take it easy and stay positif.

Suka kepada seseorang adalah fitrah tetapi jangan jadikan fitrah sebagai fitnah. Perasaan suka ini merupakan cara halus syaitan yang ingin menyesatkan anak Adam. Perasaan ini juga boleh membawa kepada masalah hati yang boleh merosakkan iman dan amal. Perasaan ini juga boleh mengundang kepada zina. 

Dalam al- Quran surah al Isra' ayat 32. Fahami dan hayati betul-betul. " Jangan dekati zina " Allah tak kata zina tapi mendekati zina itu sudah jelas HARAM ! Dalam al- Quran, segala yang berbentuk larangan bermakna HARAM. Bukan zina je tetapi perkara yang mendekatkan kita dengan zina juga jelas HARAM  dan WAJIB DIJAUHI. Allah dah kata macam ni and still lagi kata niat kerana Allah? Dalil apa yang dipegang? Adakah dalil nafsu? 

Dalam pepatah Arab ada 7 jalan zina:
1. pandang2
2. beri salam
3. sembang
4. temu janji
5. jumpa
6. zina
7. ending: NERAKA

Jangan buat benda yang jelas salah di sisi Islam. Tolonglah sedar.

Ibn Qayyim pernah berkata: Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/ lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana setiap kali dekat dengan orang yang dicintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta.

Fahamkan balik maksud ikhtilat. 

Ulama' pernah berkata: Hukum asal ikhtilat tu HARAM boleh jadi HARUS dalam dua keadaan iaitu darurat dan hajat. 

Tak perlu buang masa laghaa. Jangan jadi fitnah kepada agama. 

Salah satu sebab dakwah tak berkesan adalah kerana seseorang pendakwah itu tidak menjaga ikhtilat itu sendiri. Sejauh mana cinta kepada Allah?

 Cinta dan suka ni nikmat tetapi kita janganlah salah gunakan nikmat yang Allah dah beri. Tak malu ke kita menggunakan nikmat yang Allah beri ke jalan yang dimurkai sedangkan ini semua hanyalah pinjaman semata-mata? Tepuk dada tanya iman. Cinta sebelum nikah itu hanyalah sia-sia belaka. 

Imam al-Ghazali pernah berkata : Aku dapati dalam bercinta itu terdapat banyak dosa besar.

Ibn Qayyim berkata: Orang yang mencintai sesuatu (wanita/ lelaki) mahu tidak mahu cinta itu akan menyeksanya. Apabila seseorang mula mencintai, maka dia akan sibuk memikirkan orang yang dicintainya sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya. 

Muhasabah diri balik.  

Alhamdulillah. Walaupun statement tu agak kasar, tapi JJ bersyukur sebab hamba Allah ni sedarkan JJ. tadi JJ ada mention pasal zina right? Actually, zina yang hamba Allah tu maksudkan tu ialah zina hati. Berapa ramai diantara kita yang da buat zina hati? Kita takkan sedar yang kita dah pun lakukan zina hati terhadap seseorang. JJ nak terang lebih pasal zina hati ni pun JJ belum cukup pandai. Pengetahuan JJ pun cetek lagi. 
Tapi InsyaAllah JJ akan cuba mendalami pasal semua ni sebelum JJ pulak yang terjerumus ke dalam zina. JJ nak berubah. Maybe mesej dari hamba Allah ni merupakan hidayah Allah untuk JJ perbaiki diri JJ supaya tak terlalu leka memikirkan tentang lelaki. Hopefully korang akan support JJ